PRU 13 semakin hampir. Lagi 6 hari je lagi. Aku nak meramal sapa yang akan menang. Aku agak pilihanraya kali ni akan memihak kepada BN dengan kemenangan kerusi parlimen akan mencapai 2/3. Sementara untuk DUN pula, hanya Pulau Pinang sahaja yang akan kekal dimenangi oleh PR. Lain-lain negeri semua memihak kepada BN.
Selepas keputusan muktamad PRU13 yang akan datang ini diperolehi barulah aku akan berikan sebab dan alasan yang menyokong ramalan aku ini. Harap sapa-sapa yang baca entry aku ni jangan marah no...hehe. Aku ramal aje. Tak berpihak kepada mana-mana parti. Kalau hampa orang BN jangan puji dan kalau hampa orang PR jangan marah ye.
Sekian dari ku :)
Sunday, 28 April 2013
Tuesday, 5 March 2013
Kalau pengulir begawi inilah tempatnya
Hari tu kawan aku ada minta aku masakkan hidangan untuk
majlis tahlil arwah. Jadi aku pun masak la menu sepeti yang diminta. Aku charge
dia kawan-kawan punya harga RM7 satu hidangan. Dia order untuk 150 hidangan. Masak,
hantar dan tinggalkan pada dia. Menu biasa-biasa je iaitu nasi putih, ayam
masak merah, daging masak kari, sayur campur, sambal belacan dan ulaman dan yang
pasti ada tentulah buah-buahan. Biasanya buah ni ialah tembikai atau orenlah.
Aku bagi buah tembikai je untuk kawan aku tu.
Inilah tempat aku masak. Sempit giler.
Dapur tempat aku masak ni sempit betul. Tapi aku pun tak
kisah sangat sebab ni kira temporary je lah. Kalau ada modal nanti aku buat
tempat lapang sikitlah. Kereta kancil buruk yang kat gambar tu ialah kereta
adik ipar aku. Dah 4 tahun duk kat situ. Kata dia nak tukar enjin tapi tak
tukar-tukar gak jadi la tukun kat atas daratan.
Ni pulak pandangan dari dekat. Atas
pemanggang tu ialah grinder. Masa ni aku duk buat projek buat meja kecil
ala-ala meja jepun untuk letak laptop. Aku tukar mata dia untuk potong kayu
jadi senanglah sikit tak payah guna gergaji.
Dah nampak pemanggang tu jadi aku story sekalilah kisah dia.
Pemanggang tu aku tempah kat kedai besi khas untuk panggang kambing. Biasanya
lamb. Tapi selain dari lamb pun boleh jugak. Kalau lamb ni semua orang boleh
ngap sebab kambing muda. Kalau kambing tua banyak orang pantang makan sebab
lepas makan kepala jadi pusing, blood pressurelah tu. Harga pemanggang ni ialah
RM460 complete set. Rekaciptanya aku sendiri yang buat sebab aku nak yang jenis
boleh pasang dan buka. Jadi masa tukang besi duk buat pemanggang ni aku duk
dekat dia la bagi tau macam mana nak buat. Panggang kambing ni aku belajar dari
Pak Din. Pak Din memang hebat pasal panggang kambing. Resepi dia pun aku
curi-curi tengok pasal dia tak mau bagi tau….hehe kedekut orang tua tu. Tapi
kambing panggang dia memang best, terbaek! Masa aku kerja sekali dengan dia aku
saja-saja buat ringan tulang tolong dia bakar kambing. Padahal sebenarnya aku
nak belajar cara dan resepinya sekali.
Dah selalu tolong dia last-last semuanya masuk dalam kepala
aku la. Tahun lepas masa adik ipar aku buat aqiqah kat anak dia aku panggang la
sekor lamb. Sat je licin. Tak sangka makcik-makcik kawan mak mertua aku geng
marhaban peminat kambing panggang rupanya. Tambah pulak ada sos black pepper lagilah
cepat licinnya.
Ni pulak pandangan
dari sisi lain.
Kalau tengok gambar tu di belakangnya ada pokok pandan. Mak
mertua aku tanam dalam pasu. Betul-betul depan pintu dapur. Jadi kalau nak
masak guna daun pandan memang senang sangatlah nak ambil. Aku selalu masak nasi
ayam guna daun pandan jadi daun pandan nil ah jadi mangsanya. Lupa pulak nak
cerita pasal kuali yang tergantung tu. Kuali tu saiz 35cm agaknya. Aku pun tak
ukur tapi kira agak-agak la. Kat tepi pemanggang tu ada kuali kawah. Yang ni
orginal punya. Mai dari seberang sungai golok. Ikut harga sini lebih kurang
dalam RM300. Kalau beli kat KL yang local punya pun ada harga dalam RM150 je.
Local punya punya pun ok jugak. Bezanya yang seberang punya amatlah berat yang
local ringan je.
Tengoklah betapa
sempitnya tempat masak ku ini.
Tong air yang besar duk sebelah kanan gambar tu aku buat
simpan air masak kalau ada kenduri. Kalau nak masak untuk catering aku buat
untuk tadah air. Buat catering ni banyak guna air jadi kena tadah siap-siap.
Kalau tak tadah kerja jadi lambat la jawabnya. Ni kira tempat masak yang dah ok la sikit. Kalau hampa nak
tengok tempat ni asalnya macam mana tengok la gambar di bawah ni. Tu lah
asalnya. Aku simenkan dan jadilah tapaknya macam sekarang ni.
Ni baru separuh je.
Sehari buat. Tak larat aku nak abiskan semuanya hehe
Sambung lagi. Kiranya
dah siap la ni. Tinggal lagi sikit bahagian hujung.
Simen, pasir dan
kereta sorong. Kereta sorong heavy duty. Harga RM85 sebuah hehe….
Sunday, 3 March 2013
Batu karang ku dah keluar
Inilah post pertama aku dalam blog ini. Orang lain ada blog jadi aku pun
rasa nak ada blog jugak. Tah apa yang aku nak tulis aku pun tak tau. Bantai
ajelah labu...hehe. Anyway kebetulan hari ni, pagi tadi lebih kurang pukul 8.30
masa aku buang air kecil tetiba terkeluar sekali batu karang. Aku pun ambillah
buat kenang-kenangan atau barangkali boleh buat rujukan di masa depan.
Sebenarnya aku dah 3 minggu lebih disahkan ada batu karang. Pada 10.2.2013 lalu
aku rasa sakit bila buang air kecil siap air kencing ada campur darah lagi tu.
Mula-mula darah cair bercampur dengan air kencing tapi last sekali keluar pulak
darah pekat. Sakit sungguh rasanya bila buang air kecil masa tu. Rasa pedih
macam kena hiris pisau.
Jadi aku pun pi lah klinik. Doktor minta aku buat ujian air kencing. Dari ujian tu lah doktor kata memang sah aku ada batu karang sebab dalam air kencing tu ada darah. Apa taknya, melalui pandangan mata kasar pun dah boleh nampak darahnya inikan pula melalui ujian klinikal. Memang sah-sah la dapat dikesan. Doktor tu pun tunjukkan la kat aku hasil ujian. Ujian dia lebih kurang macam ujian perempuan mengandung peringkat awal jugak la. Guna kertas test yang dicelup dalam sampel kemudian ada la bacaan dia.
Sebenarnya ujian air kencing ni bukan setakat boleh kesan batu karang je, lain-lain benda pun boleh dikesan jugak. Contohnya dalam sampel aku tu ada juga protein. Sepatutnya protein tak boleh ada dalam air kencing sebab protein diperlukan oleh badan, bukannya bahan buangan. Maksudnya buah pinggang aku ni ada masalah sikit la. Tapi doktor kata tak apa sebab protein yang dikesan tu jumlah dia sikit sangat. Nak tau sikit ke banyak senang je. Kertas test tu ada dalam 5 warna lebih kurang kalau tak silap aku, di mana setiap warna menunjukkan kehadiran bahan yang berlainan. Dalam setiap warna pulak ada 4 atau 5 tahap. Kalau hasil ujian menunjukkan warna kuning contohnya dan tahapnya adalah 1 maka kehadiran bahan tersebut dalam air kencing adalah tidak serius. Tapi kalau bacaannya pada tahap 5 kira seriuslah tu.
Protein yang dikesan dalam air kencing aku ni hanya pada tahap 1 jadi kira sikitlah so tak la serius. Tapi yang bahagian kesan darah pulak tahap aku menunjukkan tahap paling tinggi sekali. Jadi doktor kata sahlah aku ada batu karang. Darah tu hadir dalam air kencing sebab batu karang tu kemungkinan telah bergesel dengan barangkali dinding salur kencing atau buah pinggang. Jadi ianya ibarat pisau yang menghirislah.
Dipendekkan cerita doktor tu pun bagi la ubat. Ada la dalam 4 jenis ubat dan yang sah-sah ada ialah pain killer la. Selain daripada tu ada antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing jika batu tersebut tersangkut pada saluran kencing. Ada juga ubat untuk pecahkan batu karang tapi yang ni nasib nasib je la la. Kalau boleh pecah, pecah la dia so dia akan keluar bila buang air kecil . Kalau tak, kena la jumpa doktor lagi untuk tindakan seterusnya. Selain dari tu doktor nasihatkan minum air mineral banyak-banyak minimum 3 liter satu hari.
Masa kena penyakit tu memang perit sangat aku rasa. Bila rasa nak terkencing je aku jadi takut la pulak. Mana tak takut, peritnya mak ai tuhan sajalah yang tahu. Bukan saja masa buang air kecil, duduk pun rasa sakit, angkat beban berat rasa sakit, solat pun kena berdiri je tapi aku tahan jugak la. Ubat doktor bagi aku makan sampai habis dalam masa lebih kurang seminggu. Sakitnya tak juga abis cuma rasa sakit tu ada masa kuat ada masa slow sikit. Masuk minggu kedua ubat dah abis aku tumpukan minum air mineral je banyak-banyak dengan harapan batu karang boleh keluar tapi tak keluar-keluar jugak.
Minggu ketiga pun macam tu jugak. Wife aku dah ajak pi hospital tapi aku kata tunggu dulu. Kalau boleh nak bagi dia keluar sendiri jugak. Aku sebenarnya takut nak pi hospital ni. Tahun lepas ada sorang kawan aku kena penyakit macam aku jugaklah. Dia pi hospital swasta yang gah jugak namanya. Bila di x-ray dan disahkan dia ada batu karang, doktor masukkan tiub melalui salur kencing untuk mengesan dan memecahkan seterusnya menyedut keluar batu karang tersebut. Mungkin batu karang dia kecil agaknya sebab tu boleh masukkan tiub je. Atau mungkin juga faktor kedudukan batu karang dia tu yang membolehkan ianya dikeluarkan melalui tiub. Setahu aku kalau batu tu besar atau kedudukannya di tempat sukar memang tak boleh guna tiub untuk keluarkan. Barangkali kena bedah jugak la kot. Dia story kat aku masa proses tu berlangsung sakitnya mak aii tak boleh tahan woo. Itu hospital swasta yang tip top punya pun masih terasa kesakitannya inikan pula hospital gomen.....tu lah yang buatkan aku rela tahan tunggu batu tu kuar sendiri daripada pi buat operation macam kawan aku tu.
Waktu aku kena penyakit ni kerap pulak buang air kecil. Kalau malam purata dalam 10 kali rasanya. Campur dengan siang mau rasanya dalam 20 kali lebih. Tiap kali buang air kecil tiap kali tu lah aku tanggung kepedihan dan keperitannya. Minggu ni masuk minggu ke empatlah aku kena sakit ni. Aku dah setkan dalam hati memang aku terpaksa jugak pi hospital. Pasrah ajelah. Cadangan tu aku nak pi esok. Nasib aku ni baik agaknya pagi tadi aku buang air kecil dalam pukul 8.30 tetiba je terkeluar sekali batu karang tu. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri batu karang tu keluar bersama-sama dengan air kencing. Bila keluar je batu tu terus hilang segala rasa perit masa buang air kecil. Terus rasa normal je. Maksudnya memang punca rasa perit dan pedih waktu aku buang air kecil selama ini ialah disebabkan oleh batu karang tersangkut pada salur kencing jadi ianya telah bergesel dengan dinding salur kencing. Lega rasanya walaupun belum tentu batu karang yang ada pada aku ni dah habis terus tapi sekurang-kurangnya ada yang dah keluar.
Lagi satu aku ni kira nasib baik jugak sebab kedudukan batu karang nampaknya bukan berada di tempat yang sulit untuk keluar. Ada batu karang duk dalam buah pinggang. Ada juga yang duk dalam pundi kencing. Kalau duk dalam pundi kencing ni dan batunya pun tak besar ada harapanlah boleh keluar melalui proses kumuhan yang biasa. Bila kena penyakit macam ni barulah terasa betapa penting masa sihat sebelum sakit. Kiranya sakit ni adalah waktu yang baik untuk aku muhasabah diri sendiri. Syukur juga sebab sakit ini menggugurkan dosa-dosa kecil insyaallah.
Jadi kepada pembaca yang tah macam mana boleh sampai ke blog aku ni (aku ucapkan selamat datang….hehe) dan baca karangan merapu aku yang panjang dan meleret-leret ni, kalau nak elakkan kena penyakit macam aku ni kenalah ambil langkah pencegahan. Kalau ikut pengalaman aku, di sini aku senaraikan simptom penyakit batu karang, bagaimana menanganinya dan langkah pencegahan awal sebelum kena.
Simptomnya ialah anda akan rasa pedih dan perit pada bahagian berkaitan dengan salur kencing terutama bila buang air kecil. Rasa pedih dan perit ini juga kan terasa bila mengangkat beban berat atau melakukan pekerjaan yang memerlukan anda meneran. Bila anda duduk anda tak boleh duduk dalam keadaan tegak sebaliknya kena sengetkan badan sebab bila duduk dengan tegak anda akan terasa perit dan pedih. Ini adalah kerana bila berada dalam keadaan duduk tegak, anda akan menyebabkan batu karang terhimpit jika ianya berada dalam saluran kencing. Tekanan yang berlaku kepada batu karang dalam saluran kencing itulah yang menyebabkan anda berada sakit kerana ia bergesel dengan dinding salur kencing. Simptom lain ialah kencing anda tidak lawas. Maksudnya setelah anda buang air kecil, lelehan air kencing akan keluar sikit-sikit tapi tidak berterusan. Lelehan ini kadangkala tak terasa tapi anda boleh lihat melalui seluar dalam anda yang ada sedikit tompok-tompok basah akibat lelehan itu. Di samping itu juga penyakit batu karang akan membuatkan air kencing anda sangat keruh. Kalau anda disuruh buat ujian air kencing, anda boleh nampak pertikel-partikel asing dalam air kencing anda dengan mata kasar.
Jika anda ada mengalami simptom-simptom di atas segeralah jumpa doktor untuk mengesahnya. Jika doktor sahkan anda memang ada batu karang maka makanlah ubat yang diberi oleh doktor. Untuk meminimumkan kesakitan, mengikut pengalaman saya anda boleh ambil langkah-langkah berikut iaitu apabila buang air kecil jangan teran kuat. Sebaiknya buka kemutan tanpa paksaan dan biar air kencing keluar sendiri. Jika air kencing tidak keluar barulah anda teran sedikit. Sekiranya anda meneran dengan kuat besar kemungkinan batu karang akan menghiris salur kencing jika ianya ada dalam saluran kencing oleh itu ianya akan menyebabkan kencing and berdarah. Langkah kedua ialah elakkan minum minuman berwarna selain warna jernih iaitu air masak atau air mineral. Minuman seperti teh, kopi, milo, minuman berkarbonat dan yang seangkatan denganya eloklah ditinggalkan dulu. Minum air masak atau air mineral sebanyak yang boleh sebaik-baiknya minimum 3 liter sehari. Banyakkan makan buah tembikai kerana buah tembikai akan menyebabkan kita selalu buang air kecil. Dan yang paling penting sekali ialah mintalah pada Yang Maha Kuasa supaya sakit anda sembuh kerana penyakit terjadi dengan izin Allah swt dan penyembuhannya juga berlaku dengan izin Allah swt dengan syarat kita berusaha untuk sembuh.
Kata orang cegah sebelum kena. Memang betul. Inilah cara yang terbaik.
Sebaiknya kalau tak nak kena penyakit batu karang ni janganlah sesekali tahan
kencing. Bila rasa nak buang air kecil jangan berlengah terus jelah pi buang.
Tahan kencing inilah yang menyebabkan bahan kumuh dalam air kencing membeku dan
lama kelamaan ia membesar. Selain dari itu seperti yang saya katakan awal tadi
elok la banyakkan minum air masak atau air mineral. Air yang berwarna akan
memaksa buah pinggang kita berkerja lebih untuk memproses bahan kumuhan.
Biasanya kalau jentera selalu kerja over capacity maka besar kemungkinan
jentera tersebut cepat rosak, buah pinggang kita juga seperti itu.
Inilah rupa batu karang tu

Perbandingan besar batu karang dengan sebatang pen. Bayangkanlah mana tak sakit batu ni lalu dalam saluran kencing.
Ada
banyak lagi symptom, cara menanganinya dan langkah pencegahan yang sepatutnya.
Anda tanya mr google pasti anda dapat jawapan. Apa yang di tulis di sini
adalah melalui pengalaman semata-mata. Oleh kerana saya bukannya pengamal
perubatan mungkin juga ada analisa saya yang tidak tepat. Jadi saya mohon maaf
jika ada kesilapan fakta dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)