Tuesday, 5 March 2013

Kalau pengulir begawi inilah tempatnya


Hari tu kawan aku ada minta aku masakkan hidangan untuk majlis tahlil arwah. Jadi aku pun masak la menu sepeti yang diminta. Aku charge dia kawan-kawan punya harga RM7 satu hidangan. Dia order untuk 150 hidangan. Masak, hantar dan tinggalkan pada dia. Menu biasa-biasa je iaitu nasi putih, ayam masak merah, daging masak kari, sayur campur, sambal belacan dan ulaman dan yang pasti ada tentulah buah-buahan. Biasanya buah ni ialah tembikai atau orenlah. Aku bagi buah tembikai je untuk kawan aku tu. 

 Inilah tempat aku masak. Sempit giler.

Dapur tempat aku masak ni sempit betul. Tapi aku pun tak kisah sangat sebab ni kira temporary je lah. Kalau ada modal nanti aku buat tempat lapang sikitlah. Kereta kancil buruk yang kat gambar tu ialah kereta adik ipar aku. Dah 4 tahun duk kat situ. Kata dia nak tukar enjin tapi tak tukar-tukar gak jadi la tukun kat atas daratan.

Ni pulak pandangan dari dekat. Atas pemanggang tu ialah grinder. Masa ni aku duk buat projek buat meja kecil ala-ala meja jepun untuk letak laptop. Aku tukar mata dia untuk potong kayu jadi senanglah sikit tak payah guna gergaji.

Dah nampak pemanggang tu jadi aku story sekalilah kisah dia. Pemanggang tu aku tempah kat kedai besi khas untuk panggang kambing. Biasanya lamb. Tapi selain dari lamb pun boleh jugak. Kalau lamb ni semua orang boleh ngap sebab kambing muda. Kalau kambing tua banyak orang pantang makan sebab lepas makan kepala jadi pusing, blood pressurelah tu. Harga pemanggang ni ialah RM460 complete set. Rekaciptanya aku sendiri yang buat sebab aku nak yang jenis boleh pasang dan buka. Jadi masa tukang besi duk buat pemanggang ni aku duk dekat dia la bagi tau macam mana nak buat. Panggang kambing ni aku belajar dari Pak Din. Pak Din memang hebat pasal panggang kambing. Resepi dia pun aku curi-curi tengok pasal dia tak mau bagi tau….hehe kedekut orang tua tu. Tapi kambing panggang dia memang best, terbaek! Masa aku kerja sekali dengan dia aku saja-saja buat ringan tulang tolong dia bakar kambing. Padahal sebenarnya aku nak belajar cara dan resepinya sekali.

Dah selalu tolong dia last-last semuanya masuk dalam kepala aku la. Tahun lepas masa adik ipar aku buat aqiqah kat anak dia aku panggang la sekor lamb. Sat je licin. Tak sangka makcik-makcik kawan mak mertua aku geng marhaban peminat kambing panggang rupanya. Tambah pulak ada sos black pepper lagilah cepat licinnya. 

Ni pulak pandangan dari sisi lain.

Kalau tengok gambar tu di belakangnya ada pokok pandan. Mak mertua aku tanam dalam pasu. Betul-betul depan pintu dapur. Jadi kalau nak masak guna daun pandan memang senang sangatlah nak ambil. Aku selalu masak nasi ayam guna daun pandan jadi daun pandan nil ah jadi mangsanya. Lupa pulak nak cerita pasal kuali yang tergantung tu. Kuali tu saiz 35cm agaknya. Aku pun tak ukur tapi kira agak-agak la. Kat tepi pemanggang tu ada kuali kawah. Yang ni orginal punya. Mai dari seberang sungai golok. Ikut harga sini lebih kurang dalam RM300. Kalau beli kat KL yang local punya pun ada harga dalam RM150 je. Local punya punya pun ok jugak. Bezanya yang seberang punya amatlah berat yang local ringan je.

Tengoklah betapa sempitnya tempat masak ku ini.

Tong air yang besar duk sebelah kanan gambar tu aku buat simpan air masak kalau ada kenduri. Kalau nak masak untuk catering aku buat untuk tadah air. Buat catering ni banyak guna air jadi kena tadah siap-siap. Kalau tak tadah kerja jadi lambat la jawabnya. Ni kira tempat masak yang dah ok la sikit. Kalau hampa nak tengok tempat ni asalnya macam mana tengok la gambar di bawah ni. Tu lah asalnya. Aku simenkan dan jadilah tapaknya macam sekarang ni.

 Ni baru separuh je. Sehari buat. Tak larat aku nak abiskan semuanya hehe

 Sambung lagi. Kiranya dah siap la ni. Tinggal lagi sikit bahagian hujung.

 Simen, pasir dan kereta sorong. Kereta sorong heavy duty. Harga RM85 sebuah hehe….


No comments:

Post a Comment